Saturday, September 1, 2007

Sejarah Ringkas Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu

SEJARAH RINGKAS

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU [ DPPKT ]

PAS Kawasan Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada akhir tahun 1956 bertempat di no. 18 Lorong Hj. Jamel Kuala Terengganu. Penubuhan ini merupakan yang kedua selepas penubuhan PAS Kawasan Dungun di negeri Terengganu. Ketika itu PAS Kawasan Kuala Terengganu dipimpin oleh YM. Tuan Syed Alwi bin Ahmad Alkaf

Bagi memperkukuhkan gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS maka empat tahun selepas penubuhan Pas Kawasan Kuala Terengganu ditubuhkan pula Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu [DPPKT]. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada akhir tahun 1959. DPPKT ketika itu diketuai oleh Ustaz Hj. Harun bin Jusoh. Beliau memimpin DPPKT selama 9 tahun dari tahun 1959 hingga tahun 1967. Pada tahun 1967 DPPKT pula dipimpin oleh Saudara Wan Agil bin Wan Sulaiman sehingga tahun 1981. Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama berjaya diadakan pada tahun 1981. Dalam mesyuarat tersebut Saudara Muda bin Yusof dipilih bagi memimpin DPPKT sehingga tahun 1983. Pada tahun 1983 Ustaz Hj. Abbas Khatib Muhammad dipilih memimpin DPPKT sehingga tahun 1987. Berikutnya Tuan Hj. Mohd Abdul Wahid bin Endut pula memimpin DPPKT sehingga tahun 1989.

Pada tahun 1989 pula Tuan Hj. Ali bin Ismail mengantikan Tuan Hj. Mohd Abdul Wahid bin Endut sehingga tahun 1991. Pada tahun 1991 DPPKT kembali dipimpin oleh Tuan Hj. Mohd Abdul Wahid bin Endut sehingga tahun 1995. Pada tahun 1995 Tuan Hj. Mohd Nasir bin Dato’ Mansor dilantik menjadi ketua DPPKT yang baru. Beliau memimpin DPPKT sehingga tahun 1999. Pada tahun 1999 Saudara Azmi bin Mohd Yasin dipilih sebagai ketua DPPKT. Beliau meminpin DPPKT sehingga tahun 2005. Di bawah kepemimpinan beliau,pada tahun 2004 DPPKT berjaya didaftarkan secara rasminya dengan Kementerian Pendaftaran Pertubuhan. Seterusnya dalam Mesyuarat Agong Tahunan DPPKT kali ke 22 pada 1 April 2005, Ustaz Hamzah bin Ngah pula dipilih untuk mengetuai Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu sehingga sekarang.

Ringkasan:

1. Ustaz Hj. Harun bin Jusoh [ 1959 – 1967 ]

2. Saudara Wan Agil bin Wan Sulaiman [ 1967 – 1981 ]

3. Saudara Muda bin Yusof [ 1981 – 1983 ]

4. Ustaz Hj. Abbas Khatib Muhammad [ 1983 – 1987 ]

5. Tuan Hj. Mohd Abdul Wahid bin Endut [ 1987 – 1989 ]

6. Tuan Hj. Ali bin Ismail [ 1989 – 1991 ]

7. Tuan Hj. Mohd Abdul Wahid bin Endut [ 1991 - 1995 ]

8. Tuan Hj. Mohd Nasir bin Dato’ Mansor [ 1995 – 1999 ]

9. Saudara Azmi bin Mohd Yasin [ 1999 – 2005 ]

10.Ustaz Hamzah bin Ngah [ 2005 – 2007 ]

11.Ustaz Ahmad Kamal Ali [ 2007 - sekarang ]

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home