Tuesday, August 28, 2007

ERTI MERDEKA BUAT MUDA MUDI

Ada sahabat yang emailkan....

HARGA DAN PENGISIAN KEMERDEKAAN
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Tidak beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta bagi kali yang ke-49. (Muhtar: Tahun 2007 ini adalah kali yang ke-50). Lagi sekali kita mengatakan bahawa kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan negara yang tercinta ini merdeka daripada cengkaman asing khususnya cengkaman dari Barat.
Namun kemerdekaan ada harganya. Harganya terpaksa dibayar oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dari kalangan para ulama’, cendekiawan, para intelek dan masyarakat secara amnya iaitu masyarakat majmuk di Malaysia yang sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia. Kita bersyukur kepada Allah di atas semua ini. Hari ini yang hendak kita tekankan ialah tentang pengisian kepada kemerdekaan itu sendiri. Pengisian berdasarkan acuan kita. Apa yang hendak kita isi selepas kita merdeka. Alhamdulillah Malaysia telah mencapai kemajuan yang pesat. Dalam banyak sudut kita tidak melupakannya. Di sudut ekonomi, pembangunan, infrastruktur, prasarana-prasarana yang kita perlukan alhamdulillah. Kita telah melangkah jauh ke depan dan kita sedang mengejar Wawasan 2020 yang hendak kita capai insya Allah pada tahun yang sama.
Semua ini merupakan berita-berita yang menggembirakan. Namun di celah-celah berita yang gembira ini ada kesedihannya. Di celah-celah infrastruktur yang hebat ini ada kejelikannya. Di celah-celah pembangunan yang melibatkan bangunan-bangunan yang besar, tiba-tiba ada pembangunan yang sedikit terabai yang bernama pembangunan insan yang memfokuskan kepada aspek spiritual. Maka sekarang kita mendengar di mana-mana sahaja, kita membaca di dada-dada akhbar, kita melihat sebagai contohnya di Edisi Siasat di NTV7 berita tentang satu budaya baru yang dengan ghairahnya menyerang remaja-remaja kita.
Apa nama budaya baru ini tuan-tuan dan puan-puan. Namanya ialah budaya Hedon. Budaya Hedon berasal dari kalimat Hedonisme. Ia merupakan satu doktrin yang menekankan bahawa keseronokan ialah kemuncak kepada kebaikan. Dalam bahasa mudah, kebaikan yang paling tinggi dan hebat ialah seronok. Jadi pada hari ini kita bercakap tentang bahasa seronok, dalam bahasa Inggerisnya bermaksud enjoy, happy dan sebagainya. Itu bahasa yang digunakan dalam budaya Hedon.
Jom Taubat
Hiburan sebegini tentunya akan membawa kepada cinta dunia, lupa Akhirat!
Mengikut laporan kajian kesihatan seksual dan reproduktif remaja di Malaysia tahun 2003 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, kajian ini menunjukkan remaja terutama pelajar sekolah di negara ini aktif melakukan kegiatan seks termasuk hubungan seks di luar nikah. Ini satu berita yang cukup menggerunkan. Kemudian tinjauan Metro hari Ahad baru-baru ini mendapati ada laman-laman web tertentu di negara ini yang berdaftar sebagai laman web seks. Mengikut tinjauan Metro terdapat lebih kurang 1794 ribu ahli yang berdaftar di laman web seks ini. Mereka akan membuat pertemuan, perjumpaan untuk melakukan seks secara berkumpulan dari masa ke semasa.
Ini juga berkaitan dengan budaya Hedon. Tambahan dari itu kita juga telah membaca banyak statistik tentang kes penyalahgunaan najis dadah. Sebagai contoh mengikut laporan Berita Harian bertarikh 24 Februari 2005 bersempena dengan Karnival 6 Jahanam anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, mengikut laporan ini menunjukkan bahawa pada tahun 2004 sahaja kes penagih dadah telah meningkat 4.53%. Inilah berita-berita yang menyedihkan bila kita bercakap tentang kemerdekaan. Pembanggunan sudah baik tetapi spiritual sedang menjunam. Remaja-remaja kita berada di persimpangan yang membimbangkan. Seks bebas makin berleluasa dan ia dilakukan secara terbuka dan berani sekali. Penyalahgunaan najis dadah peratusnya semakin meningkat dan begitulah seterusnya.
Seronokkah kita bila mendengar statistik dan perangkaan ini. Sudah pasti kita tidak seronok. Cukupkah sambutan kemerdekaan sekadar kita bersorak Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!. Cukupkah sambutan kemerdekaan sekadar kita melakukan ekspedisi kemerdekaan pusing Pulau Pinang dengan bendera yang berkibar-kibar kemudian pada esok harinya kita lupa bab solat dan terus dengan agenda seks bebas kita. Tidak cukup!!!
Makan Dalam Yang SureDosa
Apakah perasaan ibu bapa mereka? Betapa sedih dan hancurnya harapan ibu bapa mereka yang impikan anak yang soleh dan solehah
Tuan-tuan dan puan-puan, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini mari sama-sama kita memainkan peranan agar negara kita dimerdekakan daripada gejala-gejala negatif seperti budaya kuning yang saya sebutkan tadi. Ibubapa didiklah anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan lupa anda sebagai ibubapa, anda memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan anak-anak anda berjaya di dunia hingga ke Akhirat. Nasihat yang sama juga saya berikan pada Dr. Danial bin Zainal Abidin sebab dia juga seorang bapa kepada 8 orang anak. Ini peranan yang perlu kita lakukan. Jangan asyik menonton gusti, cari gincu yang mahal lagi terbaik, seronok ke salon yang dapat mencantikkan diri kita. Jangan asyik itu. Bukan tidak boleh tapi jangan asyik sehingga kita melupakan benda yang paling besar ertinya pada kehidupan kita iaitu mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang sebenarnya.
Anda dan saya sebagai ibubapa mempunyai tanggungjawab yang besar. Itu yang pertama. Kedua sistem pelajaran atau pendidikan kita. Guru-guru tolonglah belajar tentang bagaimana hendak bercakap dengan remaja-remaja di sekolah. Ada guru-guru yang hanya tahu mengajar tetapi tidak tahu nak berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di sekolah terutamanya pelajar remaja. Mereka bercakap kepada remaja dengan menggunakan bahasa bodoh!! bahalol!!, minta maaf tetapi inilah bahasa yang guru-guru gunakan tetapi bukan kesemua guru. Sebahagian ada menggunakan kalimat ini. Guru-guru itu perlu dididik terlebih dahulu tentang cara hendak mendidik remaja-remaja.
Ketiga kerajaan atau pihak yang berwajib tolonglah jaga media massa. Janganlah disemarakkan aktiviti konsert yang melampau. Semua ini menghancurkan anak bangsa. Ini Dr. Danial sebutkan di bulan kemerdekaan agar kita tidak hanya bersorak merdeka sedangkan di bawah sana kita bukannya merdeka, kita sebenarnya masih belum bebas dengan budaya-budaya yang menghancurkan bangsa, negara apatah lagi agama.
Semoga di bulan kemerdekaan ini kita menjadi orang yang bertanggungjawab berdasarkan tuntutan Al-Quran dan juga As-Sunnah. Jangan lupa “Kuntum khaira ummatin uhrijat linnas”. Kata Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud “Kamu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia”. Buktikannya. Buktikan bahawa kita sebaik-baik umat bukan seteruk-teruk manusia. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesedaran kepada kita di bulan kemerdekaan ini untuk memainkan peranan yang positif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara contoh insya Allah.
Full Time Muslim
Full Time Muslim… There’s no such thing as a Part-Time Muslim
ATUK MERDEKA
Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku..
Aku ingin menjadi kayu.
Jika kau menjadi kayu
Jadilah kayu golf
Disebut kayu tetapi besi
Diulit Dato’, tauke dan menteri
Jangan kau menjadi tunggul!
Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku..
Aku ingin menjadi pagar.
Jika kau menjadi pagar
Jadilah pagar karan
Dipicit suis power berjalan
Dirempuh diusik boleh pengsan
Jangan kau jadi pagar makan padi!
Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku..
Aku ingin menjadi mangkuk.
Jika kau menjadi mangkuk
Jadilah mangkuk purba zaman batu
Buruan ahli arkeologi setiap waktu
Membawa bukti tamadun dan ilmu
Jangan kau menjadi mangkuk hayun!
Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku..
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang
Jadilah bintang di langit
Tiada boleh ditukar wang ringgit
Tidak boleh dijolok dikait
Jangan jadi bintang tiga!
Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku..
Aku ingin menjadi seluar dalam.
Jika kau menjadi seluar dalam
Jadilah seluar dalam superman
Sarung di luar nampak gentleman
Tiada manusia memberi komen
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy!
Cucuku..
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku..
Aku ingin MERDEKA.
Jika kau ingin MERDEKA
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat
Untuk membeli kayu
Untuk membeli pagar
Untuk membeli mangkuk
Untuk membeli bintang
Untuk membeli seluar dalam
Dan.. Untuk membeli MERDEKA!
UJANG
Kuala Lumpur 1992
Wallahu a’la wa a’lam.

KENALI SAF PIMPINAN PEMUDA PUSAT

wasiat berguna buat pejuang


Wasiat Ustaz Hasan Al Hudhaibi
 
Wahai Ikhwan, sesungguhnya Allah telah menjadikan kamu
tentera untuk menegakkan kebenaran, kemuliaan dan
ketinggian di tanah air kamu dan di dunia Islam seluruhnya.
kewajipan tentera yang ikhlas ialah sentiasa bersedia untuk
melaksanakan tanggungjawab dalam mengharungi medan
perjuangan. oleh itu menjadi kewajipan kamu,
bersedia setiap masa untuk melakukan apa saja yang boleh
membawa kepada kemenangan di medan pengislahan
dan pembebasan ummah. maka sucikanlah jiwamu,
bersihkan hatimu, perangi hawa nafsumu sebelum kamu
memerangi musuhmu. Sesungguhnya orang yang tidak
mampu menewaskan nafsunya, lebih tidak mampu untuk
mengalahkan musuhnya di medan perang bersenjata.
Jadilah kamu contoh bagi apa yang kamu cakapkan
dengan mempamirkan akhlak al-Quran agar kamu dikenali
manusia dengan akhlak kamu sebelum mereka mengenali
kamu dengan kata-katamu.

DEMO BANTAH KERAJAAN BN RAMPAS TANAH RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Petikan dari Akhbar Sinar Harian 24 Ogos 2007:

400 hantar memorandum bantah Pejabat Tanah
Kira-kira 400 penduduk di daerah ini berkumpul beramai-ramai bagi meng­hantar memorandum ban­tahan kepada Pejabat Ta­nah dan Daerah Setiu yang dikatakan bertindak mengambil semula lot-lot tanah di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diusahakan peserta terbabit.

Mereka mula berkumpul di hadapan Restoran Tera­pung Puteri pada jam 10 pagi semalam, dengan has­rat untuk menyerahkan sendiri surat yang dina­makan Memorandum Ban­tahan Rakyat itu kepada pihak berwajib.

Selepas itu, kumpulan berkenaan terus berarak menuju ke bangunan Kompleks Pejabat Kerajaan, sebelum memorandum ter­sebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Daerah Setiu, Lizan Che Mat yang bertindak sebagai wakil jabatan.

Sepanjang perhimpunan itu diadakan, mereka di­awasi dengan kawalan ke­tat seramai 60 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah dan 60 anggota Unit Simpanan Perse­ku­tuan (FRU) Infantri serta 9 anggota FRU Water Canon yang bersedia sejak awal pagi di kawasan ber­kenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketua Pemuda Pas Te­rengganu, Azman Safawi Abdul Rani yang menge­tuai kumpulan tersebut ber­kata, pihaknya terpaksa menghantar memorandum berkenaan kerana terlalu kesal dengan sikap Pejabat Tanah yang bertindak me­ngambil semula pem­berian tanah di bawah projek RTB itu.

“Kita kesal kerana se­belum ini lot-lot tanah ter­sebut diberi dan diuruskan sendiri oleh pihak Pen­tadbir Pejabat Tanah, se­baliknya mereka kemudian bertindak ‘merampas’ se­mula tanah-tanah berke­naan.

“Apa yang dikesalkan lot-lot tanah RTB yang diusahakan oleh penduduk di daerah ini membabitkan antara 6,000 hingga 7,000 lot,” katanya ketika ditemui selepas perarakan terse­but.









SEBAIK-BAIK PERKATAAN DAN PETUNJUK

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ وَيَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَيَقُولُ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ. (مسلم وغيره(




Maksudnya:

Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: "(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini," lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: "(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat". Kemudian Baginda bersabda lagi: "Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, - sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung hutangnya".


(Muslim dan Lain-lainnya).


Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:


(1) Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato.


(2) Masa baginda diutus oleh Allah Taala dan saat berlakunya qiamat.


(3) Kitab Allah ialah sebenar-benar perkataan dan jalan pimpinan Rasulullah s.a.w ialah sebaik-baik jalan pimpinan.


(4) Perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama adalah seburuk-buruk perkara.


(5) Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang mukmin.


Huraiannya:

Pertama - Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato:

Tabligh (tugas menyampaikan perintah-perintah agama) adalah tujuan pokok dari perutusan Rasulullah s.a.w, manakala pidato adalah salah satu cara bagi Baginda menjalankan tugas tabligh. Dengan jalan pidato, Rasulullah s.a.w menyampaikan perkara-perkara yang mesti disampaikan dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, apakala keadaan menghendakinya.


Semasa berpidato, tergambar pada anggota-anggota lahir Baginda kesungguhan hatinya mengenai apa yang hendak disampaikannya melalui pidatonya itu, lebih-lebih lagi pada perkara-perkara yang hebat, seperti berlakunya qiamat. Baginda melafazkannya dengan suara yang lantang, merah matanya, dengan rupa marah nampaknya, seperti keadaan seorang panglima memerintah tentera, memberi amaran tentang serangan musuh, yang akan datang menyerbu entah pada waktu pagi dan petang.


Keadaan yang demikian adalah sangat mustahak untuk menarik perhatian dari seluruh ahli satu-satu rapat umum, kerana segala gerakan dan keadaan air muka pemberi pidato itu besar kesannya kepada mereka.


Kedua - Masa Baginda diutus dan saat berlakunya qiamat:

Meskipun masa berlakunya hari qiamat tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan tepat melainkan Allah, tetapi Rasulullah s.a.w telah menerangkan secara umum bahawa masa berlakunya qiamat itu telah hampir. Baginda membuat bandingan tentang kehampirannya itu seperti hampirnya jari telunjuk dengan jari tengah, yakni antara dua jari itu tidak ada diselangi oleh jari lain, maka begitulah masa Baginda diutus dengan masa berlakunya qiamat, tidak ada Rasul yang membawa wahyu yang lain yang menyelanginya atau bezanya masa berlaku qiamat dengan masa Rasulullah s.a.w diutus adalah seperti bezanya panjangnya jari tengah dari jari telunjuk.


Ketiga - Kitab Allah Adalah Sebenar-benar Perkataan:

Benar bererti tepatnya sesuatu yang disebut dengan keadaannya yang sebenar.


Ketetapan itu ialah apabila yang menyebut itu mempunyai pengetahuan yang luas meliputi segala hal keadaan yang dinyatakannya; pengetahuan yang sedemikian tidak dipunyai melainkan oleh Allah Subhanahu wa Taala.


Kitab Allah, kitab suci Al-Qur'an Al-Karim, antara lain mengandungi kisah-kisah kejadian yang berlaku, sama ada yang berlaku sebelum daripada masa turunnya, semenjak zaman purba ataupun yang berlaku kemudian daripada masa turunnya hingga hari qiamat.


Mengenai perkara-perkara yang telah berlaku, Al-Qur'an Al-Karim telah menceritakan dalam keadaan yang terbuka kepada segala lapisan masyarakat dan apa yang telah diceritakannya itu tidak ada sesiapapun yang menentangnya, dari golongan ahli pengetahuan yang jujur.


Demikian juga, mengenai perkara-perkara yang akan datang, Al-Qur'an telahpun menceritakannya dan di antaranya ada yang telah berlaku menjadi kenyataan sebagaimana yang telah diceritakannya dan setengahnya yang lain lahir ke alam nyata melalui kajian-kajian sains.


Ini adalah di antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kisah da kejadian-kejadian yang disebut dalam kitab Allah itu adalah benar, maka demikianlah pula mengenai bahagian-bahagian yang lain, seperti bahagian hukum, bahagian pengajaran dan seterusnya adalah semuanya benar belaka. Kitab Allah adalah sebenar-benar perkataan, kerana ilmu Allah itu adalah meliputi segala-galanya.




Pimpinan Rasulullah s.a.w.:

Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar, yang boleh menyampaikan kepada matlamat kebahagiaan sejati. Jalan pimpinan Baginda adalah sebaik-baik jalan pimpinan kerana pimpinan baginda adalah dengan panduan wahyu melalui malaikat yang diutus oleh Allah Azza wa Jalla pencipta seluruh alam.


Dalam buku-buku karangan mengenai pimpinan-pimpinan dunia yang masyhur, terdapat Nabi Muhammad s.a.w disebut dari jumlah mereka. Ya, sungguh benar, Baginda termasuk dalam jumlah pemimpin-pemimpin dunia yang terkenal, tetapi yang lebih benarnya ialah pimpinan Rasulullah s.a.w tidak boleh ditandingi dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain, yang dalam hal memimpin rakyat, mereka hanya berpandu kepada fikiran masing-masing yang sangat terbatas, dalam keadaan dan masa yang terbatas.


Keempat - Perkara-perkara Baharu yang diada-adakan dalam Agama:

Dimaksudkan dengan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama itu ialah perkara-perkara yang menyalahi dengan maksud isi kandungan Kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w, Aathar sahabat dan Ijma Ulama.


Perkara-perkara baharu yang demikian itulah dia bid'ah yang merupakan jalan baharu yang menyeleweng dari jalan yang sebenar, maka sudah tentu tidak akan sampai kepada matlamat kebahagiaan yang sejati. Kebahagiaan yang memang dikehendaki ini bukan sahaja dalam kehidupan dunia ini semata-mata, bahkan yang terutama sekali ialah kebahagiaan di akhirat kelak dan jalan ke akhirat itu tidak sesiapa yang mengetahuinya dan tidak akan berhasil dengan cara diagak-agak dan direka-reka sendiri oleh sesiapapun. Dengan sebab itu maka perkara-perkara yang menyalahi itu sudah tentu membawa bahaya yang besar dan balasan yang seburuk-buruknya.


Kelima - Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Mukmin:

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menjaga keadaan diri sendiri lebih dari orang-orang lain, tetapi Rasulullah s.a.w berhak menjaga keadaan setiap orang mukmin lebih daripada orang mukmin itu menjaga diri sendiri.


Dengan sifat seorang pemimpin negara dan pemimpin agama, yang membawa perutusan dari Allah Subhanahu wa Taala, Baginda mencurahkan segala daya upaya, segala kebolehan dan segala perasaan untuk kebaikan umat di dunia dan di akhirat, jauh sekali Baginda melakukan kecuaian dalam menjalankan tugas untuk kebaikan dan tidak sekali-kali Baginda berusaha untuk kepentingan diri sendiri.


Di antara cara-cara Baginda menjaga kebaikan orang-orang mukmin ialah kesanggupan Baginda menjaga orang-orang yang kehilangan tempat bergantung dan membayar hutang yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan harta benda.

Sunday, August 12, 2007

banner_selamatkan_malaysia.JPG (image)



Assalamualaikum. Sempena Hari Ulangtahun Malaysia ke 50 yang bakal menjelang nanti, marilah kita pakat2 kempen selamatkan Malaysia agar menjadi negara yang demokratik, penuh dengan keadilan, jauh dari kezaliman pemimpin2 yang rakus kuasa. Jangan biarkan negara kita diselubungi dengan gelap kezaliman. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, " Sesungguhnya Kezaliman itu, merupakan kegelapan di hari Kiamat."

TAKBIR!! ALLAHU AKBAR!!

Tuesday, August 7, 2007

ni ada artikel sahabat minta siarkan ....

GERAKAN SOSIAL DALAM MENGATASI KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI DAN MEMERANGI JENAYAH DAN MAKSIAT

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan mampu untuk mengubah kebejatan sosial dan ketidakseimbangan ekonomi apabila ada individu yang proaktif untuk menggerakkan usaha-usaha yang berkenaan. Apabila kita perhatikan gerakan-gerakan sosial di India atau Indonesia sesuatu gerakan itu Cuma dimulai oleh seorang tokoh sahaja. Ianya samaada di inspirasikan oleh sosialisma atau berteraskan agama.

Untuk memudahkan pemahaman kita terhadap tajuk di atas bolehlah kita membuat kajian berdasarkan pengalaman-pengalaman di bawah ini :-

INDONESIA

Di Jakarta barat di kota Bandung, terdapat seorang ulama muda yang karismatik bernama Abdullah Gymnastiar berumur 38 tahun. Nama beliau yang agak pelik itu ialah kerana ayah beliau amat sukakan sukan dan hal-hal berkaitan kecergasan. Beliau tidak memegang sebarang jawatan politik dan juga tidak pernah bertanding bagi jawatan tersebut.

Beliau berjaya membentuk power base yang kuat, memobilisasikan beribu-ribu remaja berpendidikan universiti melalui kuliahnya yang mengadunkan falsafah pengurusan dan ajaran Islam

Ketika beliau memberikan kuliah, masjid dipenuhi oleh pendengar. Pendengar yang tidak dapat masuk kedalam masjid duduk diluar menonton kuliah tersebut di televisyen litar tertutup.

Ceramah beliau diselang-seli dengan humor, tetapi mesejnya adalah sama iaitu kemahiran pengurusan berdasarkan perniagaan dan disiplin diri adalah kunci kepada hidup yang sempurna dan juga hidup yang lebih baik.

Mesej tersebut juga telah di praktikkan oleh pengikutnya. Sekitar ibu pejabat beliau didirikan rumah tamu, bank, mini market, butik fesyen Islam, agensi sewaan kereta dan perkhidmatan ketering.

Beliau juga berjaya menghapuskan maksiat terutamanya rumah-rumah pelacuran dan narkotik di Saritem, Bandung. Ketika kuliah mingguan beliau diulang siar oleh stesyen radio tempatan. Transkrip kuliah beliau juga disebarkan oleh pengikut beliau.

Kemunculan beliau adalah hasil daripada suasana keterbukaan yang berlaku selepas kejatuhan regim Suharto dimana segmen masyarakatnya adalah pelbagai. Isu-isu tempatan lebih dititik beratkan oleh masyarakat setempat terutama isu sosial dan agama.

Dengan keadaan Indonesia yang terbuka ini, tiada perbezaan diantara isu politik, sosial dan agama. Cibinong yang terletak diantara Bandung dan Jakarta, beratus-ratus remaja muslim menyerang sebuah hotel kerana membenarkan pelacur melacur didalamnya. Mereka telah memecahkan tingkap, meruntuhkan pagar dan membuat unggun api di tengah jalan yang bahan-bahannya terdiri dari tilam dan sofa hotel. Pegawai-pegawai kerajaan dan ahli politik tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang populariti mereka jatuh.

Kawasan pelacuran yang dibenarkan secara rasmi oleh kerajaan di Jakarta juga telah ditutup pada bulan desember, tahun 2000 akibat daripada tekanan daripada aktivis-aktivis Islam. Kawasan pelacuran tersebut berdekatan dengan pelabuhan dan telah kosong sekarang.

INDIA

Selama bertahun-tahun penduduk bertukar-tukar cerita tentang kesengsaraan mereka. Walaupun mereka tinggal di tebing sungai Krisna. Penduduk yang menanam tebu di Jamkhandi utara Negeri Kartanaka mengalami kekurangan bekalan air. Ia adalah masalah yang amat-amat memerlukan penyelesaian.

Sehinggalah Siddhu Nyamagounda bertindak mencari penyesaiannya. Jelas pada beliau kerajaan telah gagal menyesaikan masalah ini. Jadi pada 1987 beliau telah mengumpulkan petani-petani dari kampung beliau dan kampong-kampung berhampiran dibawah satu koperasi bernama Krisna Teere Raitha Sangha. Rancangan beliau adalah untuk membina tambak di sungai tersebut dengan usaha mereka sendiri. Idea beliau ialah membawa saliran air kepada 35,000 ekar tanah pertanian merentasi 30 buah kampung berpenduduk seramai 300,000 orang.

Beliau berkempen kepada penduduk supaya mendermakan wang dan tenaga untuk membina tambak tersebut. Penduduk-penduduk telah memberikan sambutan yang hangat sekali. Ada yang menderma 100 rupee dan ada yang cuma 20 rupee. Jurutera yang bersara telah mereka bentuk tambak tersebut. Pemandu tut-tut juga telah diminta untuk membantu.

Akhirnya tambak sepanjang 430 meter, berketinggian 8 meter telah dibina dengan harga cuma 930,00 rupee berbanding anggaran kerajaan sebanyak 2 juta rupee dalam masa cuma 11 bulan. Pengeluaran hasil pertanian iaitu buah-buahan dan tebu meningkat dua kali ganda sebanyak 40 tan satu ekar. Pengeluaran beras pula meningkat berkali-kali ganda daripada 4000 tan kepada 150 ribu tan. Tambak tersebut yang diselenggarakan oleh koperasi menunjukan bahawa usaha berdikari penduduk mampu membawa kejayaan.

Monday, August 6, 2007

PENGAJARAN ISRA' MI'RAJ

Isra’ Mi’raj Dan Palestin
Bagai Aur Dengan Tebing


Peristiwa menakjubkan di bulan Rejab yang merupakan salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah kehidupan Rasulullah saw. yang juga mempunyai pengertian yang sangat penting kepada kaum muslimin adalah Isra’ Mi’raj. Iaitu peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.

“Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad saw.) pada suatu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsha, yang telah Kami berkahi sekitarnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami” (Q.S Al Isra’: 1)

Isra’ Mi’raj berlaku setelah sejumlah peristiwa menyedihkan menimpa Rasulullah saw. Belum lagi hilang bagaimana beratnya Rasulullah saw dan para sahabat yang mulia menghadapi pemulauan penuh dari kafir Quraisy di Lembah Bani Hasyim selama tiga tahun iaitu sejak tahun ke-7 hingga ke-10 dari kenabiannya, bapa saudaranya (Abu Thalib) pula yang selama itu melindunginya telah meninggal dunia. Kemudian disusuli pula dengan kewafatan isterinya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Tahun ke-10 dari kenabiannya ini memang penuh dengan peristiwa duka dan ramai yang menyebutnya sebagai “Amul Hudzni” (tahun kesedihan). Tambahan lagi ketika itu, berlakunya tekanan yang semakin kuat dari kaum kafir Quraisy terhadap da’wah Rasulullah saw disamping penduduk Thaif yang memperlakukan Rasulullah saw secara tidak manusiawi tatkala baginda saw. mencari nusrah kepada mereka. Sebagai manusia biasa, rentetan peristiwa itu sudah tentunya menjadikan baginda saw merasa sedih. Pada saat itulah Allah dengan segenap qudrah dan iradahnya, mengisra’ dan mi’rajkan Rasulullah saw.

Terdapat dua perkara utama sekurang-kurangnya yang dapat disebut sebagai inti dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj tersebut. Pertama: Rasulullah saw. menyaksikan secara langsung tanda-tanda kebesaran Allah; Kedua: adalah seleksi(penapisan atau penyaringan)keimanan. Salah satu tanda terbesar yang dimaksudkan adalah Sidratul Muntaha yang berada di langit yang ke tujuh. Selain itu diperlihatkan pula malaikat Jibril dalam bentuk aslinya dan Nur Ilahi yang semuanya merupakan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan keindahan, keagungan dan kebenderangannya. Kemudian Allah mendekati Rasulullah dan mewahyukan secara langsung kewajipan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.

“Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung” (Q.S Al Najm: 16-18)
“Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al Najm: 13-15)

Sedangkan tanda-tanda kebesaran Allah yang diperlihatkan dalam Isra’ adalah kenderaan Buraq, kemudian dihidupkannya kembali kesemua nabi-nabi untuk menjadi makmum di belakang Rasulullah saw. dalam solat jama’ah di Baitul Maqdis sebagai takrim (penghormatan) sekaligus mukjizat bagi Rasulullah saw.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang tidak mungkin dijangkau oleh akal biasa, tidak sangsi lagi berfungsi sebagai ujian bagi kaum muslimin saat itu. Ketika mengetahui bahawa Rasulullah saw bercerita tentang Isra’ Mi’raj dengan segenap peristiwa ghaib yang menyertainya, sebahagian kecil kaum muslimin yang lemah imannya menjadi ragu lalu murtad. Tetapi bagi sebahagian besar yang lainnya, peristiwa itu justeru semakin memperkuat keyakinan mereka akan kebesaran Allah dan kebenaran risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Maka Isra’ Mi’raj seakan-akan menjadi penapis atau penyaring mana mukmin yang sejati dan mana pula yang bukan. Ini sangat diperlukan untuk perjalanan da’wah berikutnya yang terbukti semakin berat dan hanya mereka yang teguh sahaja yang mampu memikulnya.

“Dan (ingatlah) tatkala Kami wahyukan kepada engkau (Muhammad saw.) bahawa sesungguhnya Rabbmu telah mengepung (mengetahui sikap) manusia (Quraisy). Dan tidaklah Kami jadikan penglihatan yang Kami tunjukkan kepada engkau melainkan (ia) sebagai cubaan bagi manusia……..” (Q.S Al Isra’: 60)

Berkaitan dengan ayat ini, Ibnu Abbas berkata: “Penglihatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah penglihatan nyata yang disaksikan oleh Rasulullah saw. pada malam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.”

Di luar dari dua perkara di atas, boleh pula disebut bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj merupakan isyarat bahawa Rasulullah saw. akan memiliki negara berdaulat yang wilayah kekuasaannya meliputi Yathrib, Madyan-Thur Sina di Mesir, Baithlehem dan Baitul Maqdis di Palestin iaitu tempat dimana Rasulullah dusinggahkan dalam Isra’. Dan ternyata benar, kira-kira 13 tahun kemudian, wilayah daulah Islamiyah memang mencakupi wilayah itu, bahkan dalam perkembangan berikutnya mencakup hampir sepertiga dunia.

Palestin Kini

Jelaslah bahawa peristiwa Isra’ Mi’raj tidak dapat dipisahkan dari negeri yang bernama Palestin iaitu satu tempat yang menjadi tujuan dalam Isra’ Rasulullah saw. dari Mekah dan sekaligus menjadi titik permulaan dalam Mi’rajnya ke Sidratul Muntaha. Boleh dikatakan tidak ada Isra’ Mi’raj tanpa menyebut Palestin, dan tidak ada Palestin tanpa menyebutkan kedudukan tempat itu dalam peristiwa Isra’ Mi’raj.

Tetapi tempat yang disucikan itu dan pernah menjadi kiblat kaum muslimin sedunia yang pertama, kini berada di bawah cengkaman negara Yahudi Israel, yang berdiri di atas tanah Palestin dengan dokongan konspirasi negara-negara sekular internasional yang majoriti penduduknya beragama Nasrani. Mengapakah orang-orang Nasrani yang dalam sejarahnya bermusuhan dengan orang Yahudi, kini berkomplot menentang kaum muslimin?

Memang benar, meskipun sudah sampai 20 abad terjadinya permusuhan yang berterusan antara kaum Nasrani dan Yahudi, tetapi kini mereka sering kali melakukan kerjasama. Menurut Syekh Bayud At Tamimi dalam buku Impian Yahudi dan Kehancurannya menurut al Quran, berdasarkan ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi penolong kamu, mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain.” (Q.S Al Maidah: 51)

Persekutuan Yahudi-Nasrani mulai nampak sesudah Perang Dunia Pertama dengan dibentuknya Liga Bangsa-Bangsa. Pada tahun 1922 organisasi ini memberikan mandat kepada Inggeris ke atas Palestin untuk memudahkan negeri itu dari segi ekonomi, kebudayaan, pembangunan dan politik menjadi tanah air bangsa Yahudi. Sebelum itu, di awal abad 20 mereka bekerjasama untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid dari tampuk kekhilafahan Uthmani, ketika beliau menolak memberikan konsesi hijrah ke Palestin.

Kongres pertama kaum Zionis di Basel, Switzerland, 1897, telah memutuskan Palestin yang ketika itu merupakan sebahagian dari kekuasaan Khilafah Uthmani sebagai wilayah pemulangan (setlement) Yahudi. Inggerislah yang sangat berperanan dalam pembentukan negara Israel ini.

Persahabatan dan kerjasama antara Yahudi-Kristian berlanjutan terus hinggalah tercetusnya perang tiga serangkai terhadap Mesir yang muslim. Persekutuan pasukan Kristian (Perancis dan Inggeris) bersama pasukan Yahudi menyerbu Mesir pada 1956. Pada tahun 60an, kerjasama ini mencapai puncaknya dengan diisytiharkannya penghapusan dosa Yahudi oleh Paus Vatikan, supaya tidak ada kesan buruk pada penganut Kristian yang patuh pada agamanya, apabila tanah sucinya tersebut jatuh ke tangan orang Kaum Yahudi yang telah menyalib Al Masih menurut tuduhan mereka. Puncak yang lain terjadi ketika orang-orang Kristian (Maronet) di Lebanon dengan terang-terangan berperang bersama kaum Yahudi melawan kaum muslimin.

Status Tanah Palestin

Bagaimana sikap kaum muslimin terhadap penguasaan Palestin oleh Israel kini, sangat ditentukan oleh pemahaman mereka tentang sah atau tidaknya negara itu berdiri di wilayah Palestin sekarang dan bagaimana Islam memberikan panduan dalam menghadapi kenyataan itu. Sejarah tanah Palestin adalah sejarah Islam.Wilayah itu dikuasai Islam dengan damai. Orang Nasranilah yang secara suka rela menyerahkan kunci kota Jerusalem (disebut juga sebagai ‘Illia) kepada Khalifah Umar Al Khattab. Ketika itu, tepatnya 636 M, setelah sekian lama dikepung tentera Islam, diwakili tokohnya Pendeta Patriarch Shafarniyus, kaum Nasrani Jerusalem bersama Khalifah Umar Al Khattab menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam ‘Illia atau Perjanjian Umariah. Di antara isi perjanjiannya ialah”Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Inilah yang diberikan oleh hamba Allah, Umar Amirul Mukminin kepada penduduk ‘Illia tentang keamanan. Ia memberinya keamanan untuk jiwa dan harta mereka, untuk gereja-gereja dan salib-salib mereka, juga untuk orang yang sakit dari mereka dan yang sihat serta untuk seluruh komuniti……Dan tidak akan diizinkan tinggal bersama mereka, seorang pun dari orang Yahudi.”

Sehingga kini, 14 abad berlalu, seluruh dunia tahu Israel adalah perampas tanah Palestin dengan dalih melaksanakan amanat Tuhan yang telah menjanjikan wilayah itu untuk mereka. Pengakuan ini telah dibantah keras oleh Roger Geraudy, intelektual Kristian Perancis yang kini masuk Islam, dalam buku Zionisme: Gerakan Agama dan Politik, sebagai tidak terbukti secara historis, antropologis mahupun injilis. Dan yang terakhir, tidak ada sedikitpun dalil-dalil Injil baik Perjanjian Lama mahupun Perjanjian baru yang menunjukkan mereka harus tinggal di Wiliayah Palestin, apalagi secara paksa. Jadi kesimpulannya, negara Israel berdiri di atas khayal dan dusta serta darah dan air mata bangsa Palestin.

Palestin adalah milik umat Islam, bukan milik individu tertentu dan tidak boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Ia tidak boleh dimanfaatkan kecuali sesuai dengan hukum-hukum syara’.

“Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka dan (begitu pula) tanah yang belum kamu injak. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Q.S Al Ahzab: 27)

Berkenaan dengan ayat ”Dan (demikian pula) tanah yang belum kamu injak.” Imam Thabari menyatakan, banyak ahli tafsir berselisih pendapat dalam hal ini. Tanah mana yang dimaksudkan? Ada yang berpendapat, bahawa itu adalah tanah negeri Rom dan Parsi serta tanah-tanah negeri lainnya yang dilakukan kaum muslimin setelah itu….,Sementara yang lain berpendapat, bahawa yang dimaksudkan adalah tanah Mekah; dan ada pula yang berpendapat, bahawa itu adalah tanah Khaibar…” Dari dua pendapat itu, menurut Imam Thabari, pendapat yang lebih tepat ialah bahawa Allah telah mewariskan tanah, rumah dan harta benda Bani Quraizah kepada para sahabat Rasulullah saw, juga tanah(dari negeri) yang belum mereka injak pada saat itu, yang kemudian mereka menaklukkan dan mewarisinya. Semua tanah yang dikuasai kaum muslimin sesudah itu termasuk dalam maksud ayat “dan tanah yang belum mereka injak”. Jadi yang dimaksudkan bukanlah Mekah ataupun Khaibar, juga bukannya tanah Parsi, Rom atau Yaman kerana tanah-tanah tersebut telah mereka injak pada waktu itu. (Jaami’ul Bayan ‘an Ta’wili Aayil Quran, Juz XI, m/s 155).

Setiap negeri yang ditaklukkan kaum muslimin tergolong ke dalam apa yang disebut “negeri yang diwariskan Allah untuk mereka.” Tentu sahaja termasuk pula setiap negeri yang akan ditaklukkan kaum muslimin pada masa akan datang hingga hari kiamat. Jadi, setiap tanah yang ditaklukkan kaum muslimin baik secara paksa mahupun melalui jalan damai, seperti tanah Iraq (termasuk Kuwait), tanah Syam(termasuk tanah Palestin), tanah dataran Hindia(termasuk Pakistan dan Kasymir) dan tanah-tanah Afrika Utara serta tanah-tanah lainnya yang statusnya serupa. Seluruhnya merupakan fa’i selama-lamanya bagi kaum muslimin. Tanah itu juga disebut sebagai tanah Kharaj. Ini bererti, hak milik tanah berada di tangan Baitul Mal. Sedangkan pemanfaatannya boleh diambil oleh siapa sahaja yang menempati tanah itu, dan dia wajib membayar wang Kharaj dengan jumlah tertentu kepada Baitul Mal. Ketetapan ini kekal hingga hari Kiamat, sekalipun tanah tersebut telah berpindah kepada orang Islam yang lain, seperti melalui jual beli.

Kedudukan tanah Palestin sebagai tanah Kharaj perlu selalu diambil perhatian serius oleh seluruh kaum muslimin di dunia. “Penyerahan” tanah tersebut melalui perjanjian damai PLO-Israel pada 13 September 1993 di Washington adalah tidak sah dan berdirinya negara Israel itu juga tidak sah sekalipun PBB, negara-negara Arab, negara-negara sedunia, bahkan penduduk Palestin sendiri telah mengakuinya. Ini kerana menurut syari’at Islam, tanah Palestin adalah tanah Kharaj yang dimiliki oleh seluruh kaum muslimin. Tambahan lagi majoriti tanah di Palestin adalah tanah wakaf yang tidak dapat diperjual-belikan, dihibahkan ataupun diwariskan, sebagaimana sabda Rasulullah saw. “Tanah wakaf tidak boleh diperjual-belikan, dihibahkan atau diwariskan” (HR Tirmizi dalam Al Ahkam, Bab Wakaf, hadis No.1375).

Penyerahan tanah Palestin kepada musuh Islam merupakan pengkhianatan kepada Allah, Rasulullah saw., agama Islam dan kepada para sahabat mulia yang telah menjadikan tanah tersebut sebagai negeri kaum muslimin, juga pengkhianatan kepada Panglima Shalahudin Al Ayubi dan pasukannya yang telah mengembalikan tanah tersebut dari tangan kaum Salib, serta terhadap kaum muslimin seluruhnya.

Bila demikian, bolehkah melakukan perdamaian dengan Israel dan mengakui keabsahan negara Yahudi itu di tanah Palestin? Jawabannya sudah tentu tidak. Tetapi mengapa Presiden Indonesia, Gus Dur yang merupakan tokoh ulama’ kononnya, berani mengeluarkan kenyataan “Hubungan diplomatik (dengan Israel) akan hanya diadakan selepas Israel mengiktiraf kemerdekaan Palestin.” (Berita Harian, Sabtu 6 November 1999). Dari pernyataan di atas, dapat difahami bahawa Gus Dur akan mengakui dan mengiktiraf kewujudan negara Yahudi la’natullah itu setelah Israel mengiktiraf kemerdekaan Palestin. Persoalannya, apakah hukum tanah Palestin boleh berubah mengikut tempat,keadaan dan masa? Sebagai seorang Ulama, Gus Dur seharusnya mafhum akan hal tersebut.

Pernyataannya yang kontroversial tersebut pernah juga dikeluarkan oleh beliau sebelum beliau menjawat jawatan Presiden suatu ketika dulu sebagaimana dipetik dari akhbar Republika “Hubungan diplomatik itu perlu dilakukan untuk mengantisipasi masa depan setelah perkembangan kian membaik antara negara-negara Arab dan Israel.” Bila kita perhatikan, seruan yang diungkapkan oleh Gus Dur itu senada dengan seruan Kelab Agung Nasional Mesir iaitu gerakan Yahudi internasional Freemasonry di Mesir yang menginduk pada Kelab Agung Inggeris-pada 2 April 1922 yang menggemparkan tidak hanya kepada bangsa Palestin, tetapi kepada semua bangsa Arab, termasuk anggota Freemasonry sendiri. Seruan yang ditandatangani oleh Guru Besar Idris Raghib, Setiausaha Agung Abdul Majid Tunus, Wakil Guru Besar Muhammad Rifa’at dan Pembantu Wakil Guru Besar Thaha Ibrahim dan disebarkan ke Kelab-kelab Freemasonry di Palestin dan rakyat Palestin itu-dengan kata-kata yang halus, licik dan penuh tipuan-meminta kepada kaum muslimin di Palestin agar menyerah kepada Zionisme dan membiarkan para Zionis itu berbuat sekehendaknya di negeri Islam itu (lihat Muhammad Fahim Amin, Rahsia Gerakan Freemasonry dan Rotary Club, m/s 34). Oleh kerana itu, langkah Gus Dur kali ini adalah permainan politik tingkat tinggi. Apakah Gus Dur terlibat dalam gerakan Freemasonry? Memang kita belum mempunyai bukti yang cukup untuk menyatakannya, tetapi beberapa perbuatannya menjadi qorinah(petunjuk), bagi menjawab posisi “sang wali”.

Namun apakah mungkin seorang ulama terlibat dalam gerakan Rahsia Yahudi? Kenapa tidak? Syeikh Muhammad Rasyid Ridha sendiri mengakui bahawa gurunya sendiri, Syeikh Muhammad Abduh (Pengarang Tafsir Al Manar) pernah terlibat dan menjadi tokoh dalam gerakan Freemasonry di Mesir. Demikian juga guru kepada Abduh iaitu Syeikh Jamaludin Al Afghani. Lagi pula gerakan Freemasonry yang terdiri dari tiga kategori iaitu Freemason Simbolik Umum, Freemason Kerajaan dan Freemason alam Semesta; membolehkan orang-orang non Yahudi menjadi anggotanya, terutama pada Freemason Simbolik Umum. Bahkan jabatan kepemimpinan Freemason Simbolik Umum yang dipegang semula sendiri oleh orang-orang Yahudi anggota Freemason Kerajaan kemudian diserahkan kepada orang-orang non Yahudi yang berada di kelas tertinggi pada taraf Freemason Simbolik Umum dengan gelaran “Guru yang agung”, iaitu orang-orang yang telah menunjukkan tingkat kesetiaan yang tinggi kepada bangsa Yahudi pada umumnya dan kepada gerakan zionis Internasional khususnya (M. Fahim Amin, m/s 19-22).

Kewajiban Kaum Muslimin terhadap Israel

Bagaimanakah sikap yang seharusnya diambil oleh kaum muslimin?

Imam Ibnu Katsir berdasarkan ayat 23 dari Surah al Taubah, menyatakan wajib memerangi orang-orang kafir dimulai dari yang terdekat dari batas negeri Islam. Rasulullah saw. mulai memerangi orang-orang musyrik di Jazirah Arab. Allah memenangkannya di Mekah, Madinah Thaif, Yaman dan Yamamah. Lalu, Rasulullah saw. mulai mengalihkan perhatiannya ke wilayah kekuasaan Rom, kerana negeri itulah yang terdekat dengan wilayah negeri Islam, dan lebih layak menerima da’wah Islam.

“Wahai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orangkafir yang disekitar kaumitu. Dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu. Dan ketahuilah, bahawa Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.” (Q.S At Taubah:23)

Imam Ibnu Katsir juga menegaskan, kaum muslimin harus bersikap tegas dan keras dalam memerangi kaum kuffar yang memang layak diperangi. Sesama saudara muslim diperintahkan saling berkasih sayang. Namun terhadap orang kafir, kaum muslimin harus tegas.

Oleh kerana itu, menghancurkan Israel adalah fardhu ‘ain hukumnya bagi penduduk Palestin, Syria, Jordan, Mesir dan Lebanon kerana Israel telah merampas wilayah Islam di mana mereka sekarang tinggal. Israel, menurut Ustaz Abdul Qadim Zallum dalam kitab Ta’rif adalah “muharibah fi’lan”. Iaitu negeri yang secara terang-terangan telah nyata memerangi kaum muslimin. Jika kekuatan negeri-negeri itu belum mampu mengimbangi kekuatan Israel, maka kewajiban itu pun meluas ke negeri-negeri Islam yang berada di sekitarnya. Sekiranya itu pun belum cukup, maka kewajipannya berpindah kepada seluruh kaum muslimin. Ini bererti, fardhu ‘ain keatas seluruh kaum muslimin memerangi Israel sehingga negara itu dapat dikalahkan dan dinyahkan dari bumi Palestin.

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak(pula) bagi perempuan yang yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S Al Ahzab: 36)

ULAMA' ANTARABANGSA TOLAK ISLAM HADHARI!!

Ulama Antarabangsa tidak bersetuju penggunaan istilah “Islam Hadhari” Artikel Umum Majma’ al Fiqh al Islami di bawah OIC selesai bersidang di Putrajaya Sabtu 14 Julai 2007 lalu. Persidangan ini kali ke 18. Kerajaan Malaysia telah mengambil kesempatan sebagai tuan rumah dan pengerusi OIC untuk mewar-warkan aUlama dunia tidak bersetuju penggunaan istilah “Islam Hadhari”Artikel UmumMajma’ al Fiqh al Islami di bawah OIC selesai bersidang di Putrajaya Sabtu 14 Julai 2007 lalu. Persidangan ini kali ke 18. Kerajaan Malaysia telah mengambil kesempatan sebagai tuan rumah dan pengerusi OIC untuk mewar-warkan agenda Islam hadharinya. Satu sesi khusus diadakan untuk perbincangan mengenai Islam hadhari. Istilah yang dipilih ialah "manhaj al Islam al Hadhari”. Sengaja ditambah perkataan ”manhaj” di hadapan Islam Hadhari bagi membayangkan ianya hanya stu pendekatan, bukan agama baru. Ini tentu sahaja mendapat nasihat dari ulama’ kerajaan yang tahu sentiviti ulama’ peringkat dunia mengenai istilah Islam hadhari.Allahu Akbar, Nampaknya 128 ulama’ yang bersidang tidak tertipu. Mereka sedar dengan kerja licik untuk membawa bid’ah besar ini ke dalam kerangka Islam. Resolusi akhir perhimpunan ini mengenai topik Islam hadhari jelas tidak memilih penggunaan Islam hadhari. Sebaliknya mendahulukan perkataah hadharah sebelum perkatan Islam. Tepat sekali sanggahan Hj Abdul Hadi Awang terhadap Islam hadhari dengan judul bukunya ” Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari ”. ( Pembangunan/ketamdunan Islam bukan Islam membangun/bertamadun)Majma’ al Fiqh al Islami memilih istilah al manhaj al hadhari fi Islam atau al manhaj al hadhari al Islami. ( Metod Pembangunan/ketamadunan dalam Islam ). Resolusi ini mempertegaskan keperluan kembali kepada pegangan Islam yang asal dalam menuntut pembangunan. Punca malapetaka kemuduran sebenarnya adalah terpisah dari ajaran agama dan terpengaruh dengan sistem ciptaan manusia.

Sunday, August 5, 2007

DANA TA'AWUN DPPNT

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Ni Iklan DANA TA'AWUN LAJNAH KEBAJIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU. Saja nak tolong pemuda negeri. DPP Kuala Terengganu pun kena buat juga rasanya.....

Sesiapa yang nak tambah pahala buaty bekalan di Akhirat, sila lah sumbangkan kewangan atau apa sahaja yang bermanfaat untuk individu berkenaan.

DANA TA'AWUN
LAJNAH KEBAJIKAN DPPNT
D/A Setiausaha Lajnah Kebajikan DPPNT
Lot 126, Kg Dusun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
019 915 7330 (Wan Mohd Faizul), 014 8424548 (Ustaz Zul)
Memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang ingin menyumbang sama ada dalam bentuk wang tunai , barang-barang keperluan harian, pakaian dll.

Sumbangan ini khusus untuk membantu faqir miskin, mangsa bencana alam, bantuan pelajar miskin, sakit kronik dan lain-lain.


------------------------------------------------------------------------------------------------


NAMA : -------------------------------------------------------------------------

ALAMAT : -------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------

NO. TEL : -------------------------------------------------------------------------


KEPADA :
SETIAUSAHA DANA TA'AWUN DPPNT
LOT 126, KG DUSUN, KUALA IBAI,
20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Bersama-sama ini saya sertakan wang tunai /cek /wang pos/online ke akaun maybank 563064113873 atas nama dana ta'awun dppnt sebanyak RM .......................... sebagai sumbangan jariah saya.


Yang Ikhlas,


Tarikh : ...........................

.......................................................
( )


*Sila hantar keratan ini untuk rekod kami.


Friday, August 3, 2007

SKIM AQIQAH SEMPENA PEMIKAT 2007


Assalamualaikum...
Sempena Perhimpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (PEMIKAT 2007) , Lajnah Ekonomi DPPKT menganjurkan Skim Aqiqah. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Ustaz Termizi di nombor 013 775 8020.
Satu bahagian RM 300.00
Daging Aqiqah akan dimasak dan dijamu kepada individu yang masuk, peserta-peserta dan pengunjung-pengunjung di tapak PEMIKAT 2007 di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu di Kg Dusun, Kuala Ibai.
JOM PAKAT MASUK RAMAI!!

PROGRAM/AKTIVITI SEMASA

1.Pertunjukan Silap Mata Di Dewan Besar Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu

Tarikh : 4 OGOS 2007(SABTU)
Waktu : 3 petang

2.FUTSAL TERTUTUP KUALA TERENGGANU SEMPENA 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA ANJURAN DEPARTMENT OF ART , CULTURE AND SPORT , DPPKT.

Tarikh : 17 & 18 ogos 2007
Tempat : Hazlan Indoor Soccer

  • PENYERTAAN MASIH DIBUKA. SILA HUBUNGI HAFIZ, 013 984 4202@ USOP , 013 980 0672 @ DIN , 019 986 9005.
  • HADIAH? JUARA= RM 1000.00, NAIB JUARA =RM 700.00 , KETIGA=RM 500.00, KE 4=RM 300.00.
  • YURAN PENYERTAAN RM 80.00 SAJE...

3. PERHIMPUNAN PEMUDA KUALA TERENGGANU (PEMIKAT 2007)

  • TARIKH : 24 & 25 OGOS 2007(JUMAAT & SABTU)
  • TEMPAT : PERKARANGAN MAERKAZ TARBIYYAH PAS KUALA TERENGGANU
  • ACARA :
  1. CERAMAH PERASMIAN OLEH EZAM, AZMAN SYAFAWI, DR SYED AZMAN-23/8
  2. PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA-24&25/8
  3. SUKANEKA PELAJAR PASTI-25/8
  4. MALAM KESENIAN ISLAM-25/8
  5. 55 minit bersama USTAZ AZHAR-JAM 5PTG, 24 OGOS

DATANG JANGAN TAK DATANG

MANIFESTASI ISLAM HAD HARI!!

Sukahati rakyat Malaysia sebab tak lama lagi Gwen Stefani nak datang buat konsert di Malaysia. Org yg dah kenal Gwen Stefani ni, tau la macam mane dia punye persembahan, pakaiannya dll. Ni kena tanya Khalifah Abdullah Ahmad Badawi dia pakai fatwa mana yg membolehkan konsert menjolok mata dan kurang ajor macam tu masuk ke Malaysia. Ini bukan kali pertama Malaysia terima artis antarabangsa yg takde sopan masuk MALAYSIA....
Apa tindakan kita PEMUDA2 ISLAM???

Stefani Concert in Malaysia Will Go OnGwen Stefani will not wear revealing costumes during her Aug. 21 concert after Muslim students protested her sexy outfits and steamy performances. Show organizer Maxis Communications Bhd. said the 37-year-old singer will follow the local code of ethics for foreign artists, which bans the unnecessary baring of skin. "Gwen Stefani has confirmed that her concert will not feature any revealing costumes. She will abide by the Malaysian authorities' guidelines to ensure that her show will not be offensive to local sensitivities, " the company said Thursday in a statement to The Associated Press. Maxis, the country's biggest mobile phone company, hopes to attract some 9,000 people to the show, one of the stops on Stefani's Sweet Escape world tour. The National Union of Malaysian Muslim Students, which has some 10,000 members, charged that Stefani's skimpy outfits and cheeky performances clashed with Islamic values. "Her performance and her attire are not suitable for our culture. It promotes a certain degree of obscenity and will encourage youth to emulate the western lifestyle. The concert should be stopped," the union's vice president, Abdul Muntaqim, told the AP. ADVERTISEMENTEthnic Malay Muslims form about 60 percent of Malaysia's population, with ethnic Chinese and Indians of Christian, Buddhist and Hindu faiths forming most of the rest. A senior official at the Culture, Arts and Heritage Ministry said enforcement officers would monitor the concert. Under the official guide to performing in Malaysia, a female artist must be covered from the top of her chest to her knees. No jumping, shouting or throwing of objects onstage or at the audience is allowed. Performers cannot hug or kiss, and their clothes cannot have obscene or drug-related images or messages.

Assalamualaikum,
lama tak nulis.....ni ada buah tangan dari sahabat lama di U dulu. HAYATILAH.....Apa nak jadi kepada masyarakat kita.

Syahdan, tersebutlah kisah di sebuah negeri yg kotanya tinggi. Adapun disitu terdapat sebuah sekolah yg biasa saja sehinggalah popular dek luar biasanya kejadian menongkah isu hangat yg melanda negara. Kisah guru dera murid tetiba jadi isu murid dera cikgu. Gawatnya kisah mengundang pembesar negara dan sekelian juak2nya ke sekolah tersebut tak terkecuali penchachai2 berita yg ghairah melariskan akhbar.

Kisah di akhbar, guru memarahi dan mencubit dgn kukunya yg panjang si murid tu. murid di arah ketuk ketampi kerana buat bising akibat mentertawa seorang pelajar yg seluarnya koyak.
Hakikatnya, betul! guru memarahi pelajar2 yg bising ditandas bersebelahan kelas tingkatan 3 yg sdg diajarnya. Ketika itu rehat bg pelajar2 menengah atas ( 4& 5). Guru memarahi pelajar2 yg dikenalinya memang pelajar yg nakal.(Glamer dah sebelum tu pun..) Jd bila dah tahu pelajar2 tu jenis bermasalah, si guru mengarahkan mereka berbaris dan dihukum ketuk ketampi. Okey, selesai ketuk ketampi, si guru berpaling utk kekelasnya semula. Ketika itulah murid2 ni td mengejek, "BARISSS" dan ketawa kuat sekali lg. (kurang ajor punya budak2, makbapak tak ajar hormat org tua ker?) Biasa la budak2, si guru paling balik (bara siot) pakat bertempiaran dan guru sempat menarik murid mana yg dia dpt capai. KETIKA itulah, seorang murid (yg katanya SPONTAN tu) mencekak leher (pembesar kata takkan nak pegang dada cikgu tu kot, cekik leher la) dan menolak ke dinding sampai terangkat kaki cikgu tu (BAYANGKANLAH. .) Datang cikgu perempuan lain menjerit sekuat hati suruh lepaskan cikgu tu, budak tu masih lagi cekik hingga datang guru lelaki tarik. Kalau tak dak siapa datang, mati si guru itu.Si guru lebam2 di tengkuk dan polis ambik gambar masa dia buat report polis.

Mengikut rekod pihak sekolah, budak Daud yg 'innocent' tu dah bermasalah dari awal lg. Kerja sekolah tak pernah buat, bila ditanya, mengantuk sbb tidur lewat sbb malam pergi merempit sbb seronok dapat duit dan yg paling best kalau menang race dpt tidor dgn pompuan. Itu pengakuan selamba budak tu dpn cikgu2 dan bapaknya. So, bila dah ada rekod, pihak sekolah & PPD ni pun dgn 'terburu-burunya' telah membuangsekolah budak tu. OK la, tp mujur la sibapa budak bertuah ni ingat lg yg anak dia nak ambik SPM thn ni. Melenting la dia pasal apa sklh tak bgtau dia dulu. Sewaktu pertemuan nak berdamai dpn pembesar (ada gambor dlm paper), si bapa kata anak dia sibuk belajar di sekolah, jd dia tak larang la anak dia keluar malam release tension. Dia beli motor bg kat anak dia mudahkan pergi sekolah, tusyen (merempit release tension, si bapa kata, tidor dgn pompuan bohsia camna pak?). Si bapa tuduh si guru kuku panjang suka cubit pelajar, telah mencubit anak dia sampai cedera. HAKIKATNYA, memang guru tu cubit, tp dh tercubit kat parut jatuh motor..

Sang pembesar tak kata apa2 dlm pertemuan itu sbb keputusan memang dah dibawanya. (Mcm dlm paper tu lah..)
Guru memang trauma yg amat sgt dan masih bercuti. Dia tak mampu naik ke kelas hanya nak mengajar dlm makmal di tingkat bwh shj. Moral guru dan profesionalismanya jatuh merudum. Begitu juga suaminya yg turut mengajar di sekolah yg sama. Dakwaan si bapa budak bertuah tu yg anaknya terancam bila si suami guru mengugut baling kerusi kat anaknya.
HAKIKATNYA, si suami mencari bdk bertuah tu satu sekolah, dan hanya TEPUK MEJA (lepas geram siot) waktu marahkan bdk tu. Dia pun dh jatuh moral dan give up semua aktiviti sklh lps ni. Sementara nak tggu pertukaran ke kg suami kat muar, cikgu yg pernah dpt anugerah cemerlang tu akan terus merosot prestasi pengajarannya.

Kisahnya.. Hakikatnya benar kerana guru wanita tu sepupu gue..
Ya, kami guru2 akan terus mengajar pelajar2 kami, tapi tidak mendidik lagi..